Ramai peniaga yang sedang berniaga tidak perasan sebenarnya mereka telah melopori pengetahuan asas di dalam ilmu ekonomi. Pada masa yang sama ramai juga mereka yang berminat untuk berniaga merasa khuatir kerana mereka berpendapat diri mereka tidak mempunyai pengetahuan asas dalam ilmu ekonomi yang baik. Sememangnya perkara berkaitan ekonomi merupakan antara perkara penting di dalam perniagaan yang perlu diberi perhatian.
Dengan adanya pengetahuan asas di dalam ilmu ekonomi, ia dapat memudahkan lagi pengurusan kewangan di dalam perniagaan. Sebagai contoh, sekiranya kita memulakan perniagaan kecil dengan kos modal permulaan sebanyak RM1000 ringgit perlulah kita memastikan kos permulaan itu tadi dapat diguna pakai sebaiknya untuk menjalankan perniagaan sehingga kita mendapat kembali mengumpul RM1000 melalui keuntungan jualan. Kitaran ni perlu diberi perhatian dan diteruskan dengan gandaan kos permulaan. Ini bermakna kos modal pusingan seterusnya akan menjadi RM2000.
Seterusnya adalah contoh perbelanjaan yang melibatkan pengetahuan umum di dalam ilmu ekonomi. Sekiranya seseorang itu mempunyai RM1 maka hendaklah dia berbelanja tidak melebihi RM1. Ini kerana di dalam perniagaan sekiranya kita berbelanja lebih dari modal yang ada sebagai contoh saya berbelanja pada kadar RM1.20 saya telah mempunyai defisit sebanyak RM0.20 dan modal seterusnya tidak lagi menjadi RM1 tetapi ia akan berkurangan menjadi RM0.80 dan saya perlu mendapatkan keuntungan sebanyak RM1.20 untuk mengembalikan lebihan perberlanjaan itu tadi. Jika lebihan perberlanjaan itu tidak dikawal dikhuatiri jumlahnya akan terus bertambah tanpa kita sedari.
Di situlah ramai peniaga yang memulakan perniagaan dengan pinjaman bank gagal untuk menguruskan ekonomi perniagaan dengan baik.Kebanyakkan mereka mengeluh "tak nampak duit pergi kemana", walhal didalam penyata dan kunci kira-kira ternyata tercatat jumlah wang yang mengalir keluar dan masuk didalam perniagaan.