Friday 11 November 2016

NEGATIF...KATAKAN TIDAK!

"Sebenarnya saya lebih selesa untuk menulis dalam Bahasa Inggeris. Tetapi tidak mengapa kerana saya telah meletakkan keutamaan saya kepada bahasa rasmi negara saya, Bahasa Melayu". 

Apakah yang sedang bermain difikiran anda ketika anda membaca ayat di atas? Cuba perhatikan bagaimana cara otak anda membuat tafsiran/andaian sebaik sahaja anda membaca ayat tersebut? Saya yakin terdapat dua jenis tafsiran yang akan di buat oleh fikiran mereka yang sedang membaca. 

Tafsiran 1: Aik...Kenapa dia cakap macam ni?

Tafsiran 2: Hekeleh...eksen mamat ni! poyo! boring! booo (dan yang seangkatan dengannya) 

Mengapa perkara ini berlaku? Otak manusia bertindak mengikut percaturan akal mereka. Jika anda seorang berfikiran positif anda akan lebih cenderung untuk mengetahui rasional disebalik ayat tersebut. Jika anda seorang yang negatif anda akan lebih cenderung untuk terus membenci kenyataan tersebut. Akibatnya anda berkemungkinan besar memilih untuk tidak  meneruskan membaca.

Untuk menjadi seorang yang berjaya anda perlu melatih diri anda supaya sentisa berfikiran positif. Islam juga menganjurkan sistem pemikiran "bersangka baik" bukankah bersangka baik itu melatih diri anda untuk terus berada dalam keadaan positif? 

Ramai yang tidak mengetahui, pada hakikatnya apabila anda berada di dalam zon negatif anda masih menggunakan kapasiti tenaga yang sama untuk bersikap positif. Sebagai contoh,  jika hari ini anda telah "set" dalam kepala anda untuk rasa "boring" pergi kerja, maka ianya akan menggunakan tenaga yang sama dari badan anda untuk mengharungi 8 jam tempoh bekerja. Begitu juga jika anda telah "set" dalam kepada anda untuk rasa "happy" bekerja. 

Begitu juga untuk keadaan rumah tangga, rata-rata kebanyakkan punca keretakan rumah tangga berlaku apa bila pasangan mula cenderung untuk berfikiran negatif sesama mereka, akhirnya tenaga yang sama telah dibazirkan untuk perkelahian di antara suami isteri. Sedangkan jumlah tenaga yang sama diperlukan untuk pasangan masing-masing menzahirkan rasa kecintaan, keterujaan sesama sendiri seperti diawal perkenalan dahulu. 

Unsur negatif dan positif sentiasa akan bertindak balas di dalam kehidupan seharian. Itu adalah fitrah kehidupan seorang manusia. Namun untuk menjadi manusia yang lebih berjaya kita perlu melatih diri untuk lebih kerap bersikap positif. Sikap positif mempunyai kekuatan untuk menarik perkara - perkara yang positif ke dalam kehidupan, manakala sikap negatif akan bertindak dengan cara berlawanan. 

Orang yang negatif sentiasa mencari alasan manakala orang yang positif sentiasa mencuba untuk mencari peluang. Orang negatif mudah merasa letih dan penat, manakala orang yang positif kebiasanya faham bahawa rasa penat itu adalah nikmat dalam perjuangan. Orang negatif mudah membuat andaian kepada orang lain, mana kala orang yang postif suka melihat kelainan yang ada pada orang lain. Orang yang negatif langkah berjalan mereka lesu wajah mereka juga layu, manakala orang yang postif langkah mereka berjalan laju manakala wajah mereka sentisa segar dan mudah mendapat perhatian. 

Apa yang lebih penting untuk kita faham, orang yang negatif sangat cenderung menyalahi faktor sekeliling atas kegagalan mereka, manakala orang yang positif akan memerhatikan kelemahan diri sendiri dan terus mencuba untuk meningkatkan produktiviti diri sendiri. 








Sunday 23 October 2016

Budget 2017 Apa Anda Perlu Ambil Tahu Sebagai Seorang Usahawan?


Budget 2017 merupakan rumusan bagaimana perbelanjaan negara akan dilakukan pada tahun 2017. Sekiranya perniagaan anda masih kecil dan tidak melibatkan pembayaran cukai tidak bermakna maklumat dari budget 2017 tidak bermanfaat bagi anda. 

Sekarang, saya akan berikan sedikit lead bagi persoalan bagaimana anda dapat memanfaatkan maklumat dari budget 2017. Cuba kita lihat dengan satu contoh di bawah sub-sekyen kesejahteran rakyat dimana kerajaan akan memperuntukan RM800 juta untuk menaik taraf dan bina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil. Sebagai seorang usahawan sama ada anda adalah kontraktor yang main-con atau sub-con, atau usahawan percetakan anda seharusnya telah mula untuk merisik ke Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa pada Nov - Dec 2016. 

Ini bertujuaan supaya anda mempunyai jaringan kenalan di dalam jabatan tersebut. Ia akan memudahkan anda mendapat maklumat berkenaan kerja-kerja yang akan dilakukan yang mungkin berkaitan dengan perniagaan anda. Sewaktu awal saya memulakan syarikat pengiklanan dan percetakan, maklumat dari bentangan bajet ini biasanya akan memberi keberhasilan lebih kurang 90%. 

Dalam bahasa yang lebih mudah faham, korang buat kawan cecepat kat jabatan berkenan. Buat kawan, bukan offer bagi rasuah. Bila dapat info seperti sebut harga atau tender terbuka sekiranya korang dah ada kawan dalam jabatan tu, peluang nak dapat job tu lebih mudah. So, rapport building kena start cepat, sebelum tiba 2017. Disinilah kekuatan seorang usahawan yang mahir dengan skill follow up di perlukan. Jika anda merupakan usahawan kecil cuba dapatkan maklumat dari pegawai yang mempunyai maklumat senarai syarikat main-con yang dapat job dari jabatan berkenaan. Seterusnya anda bole roger syarikat main-con tersebut, kenalkan diri dan syarikat anda cuba tanya apa job yang boleh anda bantu mereka. Percayalah mesti ada job diorang boleh passing...kenyang sangat tu kalau diorang nak telan semua.

Selamat mencuba...saya dah belanja tips terbaik ni... terus menerus dari pengalaman peribadi.
Kerajaan akan laksana Projek Mesra Rakyat dengan RM800 juta untuk naik taraf & bina surau, titi, parit, balai raya, pasar & gerai perniagaan kecil

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Kerajaan akan laksana Projek Mesra Rakyat dengan RM800 juta untuk naik taraf & bina surau, titi, parit, balai raya, pasar & gerai perniagaan kecil

Pautan Sumber Asal » mysumber.co
Kerajaan akan laksana Projek Mesra Rakyat dengan RM800 juta untuk naik taraf & bina surau, titi, parit, balai raya, pasar & gerai perniagaan kecil

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Saturday 15 October 2016

"PEMERHATIAN" Dalam Jualan dan Perniagaan


Pada mereka yang mengikuti posting di laman FB official Faiz Marican, saya pernah membuat posting berkaitan pentingnya "OBSERVATION" dalam perniagaan. Pada posting kali ini saya akan sembang detail sikit pasal ilmu berkaitan "PEMERHATIAN" ini. 

Jika anda MENJUAL mengikut "TEKNIK SAYAJUAL" anda pasti akan faham bertapa pentingnya "PEMERHATIAN" kepada jualan dan perniagaan anda. 

Berikut adalah TIPS untuk melakukan "PEMERHATIAN" dengan efektif: 

1. Pastikan anda telah meletakkan objektif yang tepat dan jelas ke atas perkara yang ingin anda perhatikan. 

2. Pastikan suasana sekeliling anda tenang, selesa dan tidak ada gangguan bunyi selain bunyi2x alam semulajadi.

3. Pastikan sebelum proses pemerhatian dimulakan anda tidak dalam keadaan tertekan, letih, mengantuk dan perkara - perkara yang seangkatan dengannya. Dalam erti kata lain badan kena fit! dan otak kena relax dan positive. 

4. Paling Penting : Mulakan dengan melakukan "OPEN OBSERVATION" kemudian baru lakukan "CLOSE OBSERVATION" 

5. Semakin kerap anda melakukan aktiviti "PEMERHATIAN" ini anda akan menjadi semakin mahir. 

Observation skill atau skill pemerhatian ini tidak mempunyai objek pengkhususan. Bermaksud, tidak semestinya hanya boleh digunakan untuk permerhatian ke atas jualan atau perniagaan sahaja. Sebaliknya anda boleh menggunakannya untuk membantu anda membuat pemerhatian kepada bermacam - macam perkara. Contoh: masalah nak upgrade kereta, masalah dengan ibu bapa, masalah dengan anak anak, masalah dalam kelambu, masalah merancang percutian, masalah nak beli iphone ke samsung, masalah takde boy friend, masalah takde girl friend, eh pendek kata macam2x masalah anda bole approach dengan menggunakan teknik ini. 

Selamat mencuba! Nak tau macam mana nak apply teknik pemerhatian ni dengan lebih power? Sila datang ke kelas SAYAJUAL  :) 


Thursday 13 October 2016

5 Perkara Wajib Fikir Sebelum Berhenti Kerja Untuk Buat Bisnes Sepenuh Masa...!

5 PERKARA WAJIB  FIKIR "SEBELUM" BERHENTI KERJA UNTUK FOKUS PADA BISNES SEPENUH MASA.

Sangat penting untuk kaum adam yang dah berketurunan, dan juga kaum hawa yang di gelar "single mother" + ada anak. Sebab ramai yang hidup jadi bersepah bila selamba jer berhenti kerja. Ingat...sangkaan (Perception) adalah selalunya berlainan dengan keadaan sebenar, apatah lagi di alam perniagaan. 
(Entry ni kasar sikit ye...)

1. Perancangan
Sebelum berhenti pastikan ada perancangan untuk berhenti yang power! Maknanya objektif jelas, durasi pun jelas,  penanda aras dalam perancangan pun jelas. Rancang ikut logik bukan ikut nafsu. Ikut nafsu masak ko nanti terhantuk kepala kat dinding. Jangan main gile der... ada orang sampai bercerai-berai sebab perkara ni. Niat asal murni, nak naikkan faktor ekonomi family last2x apa pun tak jadi. (kesian! apa lagi kat anak2x)

2. Keberhasilan
Try dulu bisnes korang as passive income. Maknanya korang kena pandai curi masa sama ada waktu hari cuti atau selepas waktu bekerja untuk buat bisnes korang. Buat dulu dalam 3 bulan...kasi all out. Ibarat tahap penat dia mcm baru nak baring dah mengigau! lepas tu tengok hasil macam mana. Ada ok ke? Cuba dan cuba dan dan jangan berputus asa...kata nak berhenti kerja! kata nak jadi own boss! elehh penat sikit dah komplen mcm pengkid....mcm mana nak bikin bisnes ni...?

3. Simpanan
Ini adalah perkara yang paling kritikal. Berapa banyak mau simpan tuan??? Ok camni...korang kena make sure minimum simpanan mesti cukup untuk cover overhead korang selama 6 bulan. Ini minimum ye kawan2x. Maknanya bila dah berhenti kerja korang ada lebih kurang 3 bulan zon selamat untuk all out buat sales, sebab incase apa2x jadi korang ada backup. 

4. Peningkatan
Pastikan passive income yang dibuat sambil2x ni ada peningkatan. i.e:  Kalau tiap bulan dapat RM2000 je tetiba korang nak confident je berhenti, alasan sebab korang takde chance nak buat full time, budget macam bila full time bisnes - confirm korang boleh swing RM10k sebulan. Jangan Main gila....boleh memang boleh tapi purata dia 50 orang cuba 1 orang je menjadi der. Bukan nak demotivate ye, tapi ni saya cuma kongsikan step yang selamat. Makesure ada peningkatan yang progressive la...contoh bulan pertama RM1000, bulan kedua RM2000, bulan ketiga RM2500 bulan ke empat RM3000 haa haaa maii dahh maii dahhhh.....so tu sebenarnya "Hint Gajah" korang kena buka mata besar2x buat observation. 

5. 100% Keyakinan
Korang kena faham last sekali adalah keyakinan yang datang lepas korang buat dan check 4 step kat atas tadi. kalau masih ragu2x lagi...tambah lagi durasi masa ke 3- 6 bulan untuk tengok mcm mana busines yang korang nak buat boleh pergi. Tapi kalau semua jalan cerita cun je....ibarat tengok tajuk dah tau happy ending i.e: hasil part time steady, simpanan steady, peningkatan pun nampak, dalam diri sendiri pun takde dah rasa ragu2x jangan tunggu lagi ye bang... its time to Fire Your Boss...!


Tuesday 11 October 2016

Bagaimana KEYAKINAN Mempengaruhi Tindakan Anda

KEYAKINAN mempunyai satu kuasa yang amat luar biasa kepada sistem tubuh badan manusia. Rahsia ini telah ditemui semenjak dahulu lagi. Melalui KEYAKINAN, minda manusia mampu untuk memberikan hasil yang luar biasa. Sebagai contoh, jika dilihat kepada cara hidup sami buddha yang kebiasaanya menetap di kawasan-kawasan pergunangan yang tinggi, mereka hanya mengunakan kain nipis untuk meliputi tubuh mereka, jadi bagaimana tubuh mereka mampu untuk menahan suhu dingin di kawasan tersebut ?

Satu kaedah yang digunakan oleh mereka adalah dengan YAKIN menumpukan perhatian pada kedua-dua telapak tangan dan secara perlahan-lahan tapak tangan akan bertukar menjadi kemerah-merahan dan seterusnya mengeluarkan suhu panas yang mampu menghangatkan seluruh tubuh badan. Kaedah ini dipanggil Tummo dikalangan sami buddha dan telah diguna pakai sejak berabad lamanya. 

Jika dilihat pada zaman sekarang, terutamanya dari sudut keusahawanan, jelaslah bahawa KEYAKINAN mampu memberi satu pencapaian kepada usaha yang sedang dilakukan. Kebanyakkan ikon usahawan yang berjaya apabila ditanya apakah yang membuatkan mereka sukses, jawapan mereka pasti merujuk kepada KEYAKINAN mereka dalam mencapai kejayaan yang mereka inginkan.

Jelas di sini, KEYAKINAN merupakan perkara utama yang membuat tindakan itu berterusan/konsisten. Sekiranya dihuraikan dengan lebih mendalam, apabila seorang individu itu YAKIN kepada satu perkara, minda akan mula memberi tindakbalas kepada KEYAKINAN tersebut dan seterusnya ia akan mempengaruhi sistem keyakinan tubuh (believe system). Dengan ini tercetus la beberapa gambaran yang selalu dikaitakan dengan TUJUAN (Purpose) dalam sistem keyakinan seseorang. Setelah TUJUAN bagi keyakinan ditemui, individu tersebut dikatakan telah melihat "Big Picture" kepada asal KEYAKINAN mereka. "Big Picture" ini merujuk kepada matlamat yang ingin dicapai oleh individu tersebut.

Sebagai contoh, seorang usahawan yang mempunyai keyakinan yang kuat dengan perniagaan yang mereka ceburi, pasti akan menjadikan setiap tindakan mereka memenuhi tujuan keyakinan mereka. Seterusnya jika seluruh energi dan fokus diberikan kepada tindakan mereka, pasti mereka akhirnya berjaya menemui "Big Picture" tersebut. 

Hal ini bukanlah satu perkara baru untuk dibahaskan. Para ulama islam terdahulu selalu memberi peringatan kepada persoalan tentang keyakinan. Pada hari ini, ramai umat islam yang sedar akan syariat solat lima waktu sehari dalam ajaran islam, tetapi tidak semua mampu untuk  mengerjakan solat 5 waktu dalam sehari.

Bukankan keadaan ini sangat berkait rapat dengan soal keyakinan...?





Bagaimana KEYAKINAN Mempengaruhi Tindakan Anda

KEYAKINAN mempunyai satu kuasa yang amat luar biasa kepada sistem tubuh badan manusia. Rahsia ini telah ditemui semenjak dahulu lagi. Melalui KEYAKINAN, minda manusia mampu untuk memberikan hasil yang luar biasa. Sebagai contoh, jika dilihat kepada cara hidup sami buddha yang kebiasaanya menetap di kawasan-kawasan pergunangan yang tinggi, mereka hanya mengunakan kain nipis untuk meliputi tubuh mereka, jadi bagaimana tubuh mereka mampu untuk menahan suhu dingin dikawasan tersebut?

Satu kaedah yang digunakan oleh mereka adalah dengan YAKIN menumpukan perhatian pada kedua-dua telapak tangan dan secara perlahan-lahan tapak tangan akan bertukar menjadi kemerah-merahan dan seterusnya mengeluarkan sahu panas yang mampu menghangatkan seluruh tubuh badan. Kaedah ini dipanggil Tummo dikalangan sami buddha, dan kaedah ini telah diguna pakai sejak berabad lamanya. 

Jika dilihat pada zaman sekarang, terutamanya dari sudut keusahawanan, jelaslah bahawa KEYAKINAN mampu memberi satu pencapaian kepada usaha yang sedang dilakukan. Kebanyakkan ikon usahawan yang berjaya apabila ditanya apakah yang membuatkan mereka sukses, jawapan mereka pasti merujuk kepada KEYAKINAN mereka dalam mencapai kejayaan.

Jelas di sini, KEYAKINAN merupakan perkara utama yang membuat tindakan itu berterusan/konsisten. Sekiranya dihuraikan dengan lebih mendalam, apabila seorang individu itu YAKIN kepada satu perkara, minda akan mula memberi tindakbalas kepada KEYAKINAN tersebut dan seterusnya ia akan mempengaruhi sistem keyakinan tubuh (believe system). Dengan ini tercetus la beberapa gambaran yang selalu dikaitakan dengan TUJUAN (Purpose) dalam sistem keyakinan seseorang. Setelah TUJUAN bagi keyakinan ditemui, individu tersebut dikatakan telah melihat "Big Picture" kepada asal KEYAKINAN mereka. "Big Picture" ini merujuk kepada matlamat yang ingin dicapai oleh individu tersebut.

Sebagai contoh, seorang usahawan yang mempunyai keyakinan yang kuat dengan perniagaan yang mereka ceburi, pasti akan menjadikan setiap tindakan mereka memenuhi tujuan keyakinan mereka. Seterusnya jika seluruh energi dan fokus diberikan kepada tindakan mereka, pasti mereka akhirnya berjaya menemui "Big Picture" tersebut. 

Hal ini bukanlah satu perkara baru untuk dibahaskan. Para ulama islam terdahulu selalu memberi peringatan kepada persoalan tentang keyakinan. Pada hari ini, ramai umat islam yang sedar akan syariat solat lima waktu sehari dalam ajaran islam, tetapi tidak semua mampu untuk  mengerjakan solat 5 waktu dalam sehari.

Bukankan keadaan ini sangat berkait rapat dengan soal keyakinan...?