5 PERKARA WAJIB FIKIR "SEBELUM" BERHENTI KERJA UNTUK FOKUS PADA BISNES SEPENUH MASA.
Sangat penting untuk kaum adam yang dah berketurunan, dan juga kaum hawa yang di gelar "single mother" + ada anak. Sebab ramai yang hidup jadi bersepah bila selamba jer berhenti kerja. Ingat...sangkaan (Perception) adalah selalunya berlainan dengan keadaan sebenar, apatah lagi di alam perniagaan.
(Entry ni kasar sikit ye...)
1. Perancangan
Sebelum berhenti pastikan ada perancangan untuk berhenti yang power! Maknanya objektif jelas, durasi pun jelas, penanda aras dalam perancangan pun jelas. Rancang ikut logik bukan ikut nafsu. Ikut nafsu masak ko nanti terhantuk kepala kat dinding. Jangan main gile der... ada orang sampai bercerai-berai sebab perkara ni. Niat asal murni, nak naikkan faktor ekonomi family last2x apa pun tak jadi. (kesian! apa lagi kat anak2x)
2. Keberhasilan
Try dulu bisnes korang as passive income. Maknanya korang kena pandai curi masa sama ada waktu hari cuti atau selepas waktu bekerja untuk buat bisnes korang. Buat dulu dalam 3 bulan...kasi all out. Ibarat tahap penat dia mcm baru nak baring dah mengigau! lepas tu tengok hasil macam mana. Ada ok ke? Cuba dan cuba dan dan jangan berputus asa...kata nak berhenti kerja! kata nak jadi own boss! elehh penat sikit dah komplen mcm pengkid....mcm mana nak bikin bisnes ni...?
3. Simpanan
Ini adalah perkara yang paling kritikal. Berapa banyak mau simpan tuan??? Ok camni...korang kena make sure minimum simpanan mesti cukup untuk cover overhead korang selama 6 bulan. Ini minimum ye kawan2x. Maknanya bila dah berhenti kerja korang ada lebih kurang 3 bulan zon selamat untuk all out buat sales, sebab incase apa2x jadi korang ada backup.
4. Peningkatan
Pastikan passive income yang dibuat sambil2x ni ada peningkatan. i.e: Kalau tiap bulan dapat RM2000 je tetiba korang nak confident je berhenti, alasan sebab korang takde chance nak buat full time, budget macam bila full time bisnes - confirm korang boleh swing RM10k sebulan. Jangan Main gila....boleh memang boleh tapi purata dia 50 orang cuba 1 orang je menjadi der. Bukan nak demotivate ye, tapi ni saya cuma kongsikan step yang selamat. Makesure ada peningkatan yang progressive la...contoh bulan pertama RM1000, bulan kedua RM2000, bulan ketiga RM2500 bulan ke empat RM3000 haa haaa maii dahh maii dahhhh.....so tu sebenarnya "Hint Gajah" korang kena buka mata besar2x buat observation.
5. 100% Keyakinan
Korang kena faham last sekali adalah keyakinan yang datang lepas korang buat dan check 4 step kat atas tadi. kalau masih ragu2x lagi...tambah lagi durasi masa ke 3- 6 bulan untuk tengok mcm mana busines yang korang nak buat boleh pergi. Tapi kalau semua jalan cerita cun je....ibarat tengok tajuk dah tau happy ending i.e: hasil part time steady, simpanan steady, peningkatan pun nampak, dalam diri sendiri pun takde dah rasa ragu2x jangan tunggu lagi ye bang... its time to Fire Your Boss...!

No comments:
Post a Comment