Lenyapkanlah kemahuan kita pada duniawi
Lenyapkanlah kebimbangan kita pada duniawi
Lenyapkanlah kesedihan kita pada duniawi
Lenyapkanlah ketakutan kita pada duniawi
Lenyapkanlah cemas kita pada duniawi
Lenyapkanlah kegembiraan kita pada duniawi
Lenyapkanlah! Biar hilang! biar menjadi kosong!
Kerana dunia ini adalah satu lembah yang sangat rendah bagi mereka yang mengetahui.
Kerana manusia diciptakan bukan sebagai penghuni dunia secara hakikatnya.
Tetapi dianjurkan oleh kekasih-Nya untuk kita berusaha selagi mana kita dibenarkan menjadi penghuni dunia-lembah yang rendah ini.
Wujudkanlah rasa indah apabila kita dapat memberi manfaat kepada setiap ciptaan Nya.
Wujudkanlah rasa keinginan untuk kembali ke tempat asal!
Wujudkanlah rasa rindu pada kampung akhirat!
Wujudkanlah rasa taat kepada yang Menciptakan
Wujudkanlah rasa sedih ketika kita tunduk dan sujud disebabkan melanggar setiap larangan-Nya
Wujudkanlah rasa bersyukur kerana Dia sentiasa menyayangi dan memaafkan kita.
Wujudkanlah rasa keterujaan melakukan sesuatu perkarakerana-Nya!
Wujudkanlah rasa cinta luar biasa kepada-Nya!
Hanya Kerana Dia! Kerana Dia. Tiada yang lain hanya untuk Dia…
Kerana Allah SWT!
Yang menciptakan kita dan kepada-Nya kita semua pasti kembali.
No comments:
Post a Comment