Tuesday, 11 October 2016

Bagaimana KEYAKINAN Mempengaruhi Tindakan Anda

KEYAKINAN mempunyai satu kuasa yang amat luar biasa kepada sistem tubuh badan manusia. Rahsia ini telah ditemui semenjak dahulu lagi. Melalui KEYAKINAN, minda manusia mampu untuk memberikan hasil yang luar biasa. Sebagai contoh, jika dilihat kepada cara hidup sami buddha yang kebiasaanya menetap di kawasan-kawasan pergunangan yang tinggi, mereka hanya mengunakan kain nipis untuk meliputi tubuh mereka, jadi bagaimana tubuh mereka mampu untuk menahan suhu dingin di kawasan tersebut ?

Satu kaedah yang digunakan oleh mereka adalah dengan YAKIN menumpukan perhatian pada kedua-dua telapak tangan dan secara perlahan-lahan tapak tangan akan bertukar menjadi kemerah-merahan dan seterusnya mengeluarkan suhu panas yang mampu menghangatkan seluruh tubuh badan. Kaedah ini dipanggil Tummo dikalangan sami buddha dan telah diguna pakai sejak berabad lamanya. 

Jika dilihat pada zaman sekarang, terutamanya dari sudut keusahawanan, jelaslah bahawa KEYAKINAN mampu memberi satu pencapaian kepada usaha yang sedang dilakukan. Kebanyakkan ikon usahawan yang berjaya apabila ditanya apakah yang membuatkan mereka sukses, jawapan mereka pasti merujuk kepada KEYAKINAN mereka dalam mencapai kejayaan yang mereka inginkan.

Jelas di sini, KEYAKINAN merupakan perkara utama yang membuat tindakan itu berterusan/konsisten. Sekiranya dihuraikan dengan lebih mendalam, apabila seorang individu itu YAKIN kepada satu perkara, minda akan mula memberi tindakbalas kepada KEYAKINAN tersebut dan seterusnya ia akan mempengaruhi sistem keyakinan tubuh (believe system). Dengan ini tercetus la beberapa gambaran yang selalu dikaitakan dengan TUJUAN (Purpose) dalam sistem keyakinan seseorang. Setelah TUJUAN bagi keyakinan ditemui, individu tersebut dikatakan telah melihat "Big Picture" kepada asal KEYAKINAN mereka. "Big Picture" ini merujuk kepada matlamat yang ingin dicapai oleh individu tersebut.

Sebagai contoh, seorang usahawan yang mempunyai keyakinan yang kuat dengan perniagaan yang mereka ceburi, pasti akan menjadikan setiap tindakan mereka memenuhi tujuan keyakinan mereka. Seterusnya jika seluruh energi dan fokus diberikan kepada tindakan mereka, pasti mereka akhirnya berjaya menemui "Big Picture" tersebut. 

Hal ini bukanlah satu perkara baru untuk dibahaskan. Para ulama islam terdahulu selalu memberi peringatan kepada persoalan tentang keyakinan. Pada hari ini, ramai umat islam yang sedar akan syariat solat lima waktu sehari dalam ajaran islam, tetapi tidak semua mampu untuk  mengerjakan solat 5 waktu dalam sehari.

Bukankan keadaan ini sangat berkait rapat dengan soal keyakinan...?





No comments:

Post a Comment