Arwah ayah saya bukanlah seorang yang lahir dari keluarga yang senang, tetapi apa yang telah dapat dicapai sepanjang hayat beliau telah membuka mata saya bahawa seseorang itu tidak perlu diploma, degree atau master untuk berjaya.
Sewaktu membesar ayah saya banyak membantu datuk dan nenek saya mengusahakan kantin sekolah. Dari situ asas atau skill dalam berniaga telah tersamai dalam dirinya. Saya teringat akan dialog ini sewaktu dalam perjalanan pulang dari hospital kerana pada waktu itu saya membawa ayah saya untuk rawatan susulan di SJMC.
Daddy: U know why most malay's fail in their small business?
Me: Tak tau, tapi maybe sebab most of them failed to managed their financial?
Daddy: Hurm...ko ingat tak *** ** & *** *** dulu bukak kedai runcit, berapa lama je dapat tahan?
Me: Diorang tak dapat nak rolling duit tu balik ke apa?
Daddy: Nope, they failed to monitor their cash flow.
Daddy: Kalo ko tengok orang apa yang banyak bukak kedai runcit berjaya?
Me: Mamak (sebab banyak kedai runcit mamak di kawasan rumah saya)
Daddy: Ko tau apsal diorg boleh tahan lama?
Me: ntah...tak tau
Daddy: Sebab diorg ada satu buku, dalam buku tu semua benda dia tulis....kalo mamak zaman dulu2 diorg mana pernah tinggal buku 555 sebab tu dia manage to sustain dia punya business.
Me: Kira book keeping dia bagus la eh...
Daddy: Book keeping dah jadi account instrument, tp kalo ko translate logik book keeping tu bukan ke catatan dalam buku? so apa keluar masuk je ko tulis... as simple as that.
Bagi saya perbualan itu telah tamat dengan sempurna dan jelas akan maksud ayah saya.
No comments:
Post a Comment