Ramai para peniaga di luar sana terlepas pandang untuk mempunyai sistem pengurusan di dalam sebuah perniaggan. Apabila disebutkan sebagai sistem ia tidak bermakna kita sebagai pemilik perniagaan perlu melabur sebahagian besar pendapatan untuk mempunyai sistem pengurusan yang baik. Cukuplah sekadar dengan mewujudkan sistem sendiri dengan mengunakan Microsoft Excel sebagai pengkalan data untuk mentadbir urus aliran tunai dan juga pergerakan stok jika ada.
Dengan mewujudkan sistem sendiri ini banyak soal kebocoran di dalam perniagaan dapat di kenal pasti. Ini kerana melalui data yang terkumpul, ianya akan memudahkan kita untuk melihat sesuatu perkara yang asing berlaku apabila kita mempunyai kelompok data yang relatif.
Selain mempunyai sistem pengurusan yang baik, para peniaga perlu sentiasa mencari peluang untuk menambah baik sistem sedia ada dari semasa ke semasa. Peruntukkanlah sekurang-kurangnya 2-3 bulan untuk sebuah sistem baru untuk stabil, kemudian setelah mula stabil mulakanlah langkah untuk mencari ruang penambahbaikan kepada sistem pengurusan perniagaan anda.
Mewujudkan sistem pengurusan adalah satu cabaran, namun yang lebih mencabar untuk para peniaga adalah untuk terus komited memasukkan data ke dalam sistem tersebut secara berterusan.
No comments:
Post a Comment