Sunday, 11 August 2013

Mengapa Perlu Berniaga?

Di dalam post sebelum ni ada saya sentuh sedikit berkenaan hadis daif yang mursal kerana terputus sanadnya. Dimana mengikut hadis tersebut Rasullulah S.A.W bersabda "9/10 kekayaan datang dari perniagaan." Mestipun begitu terdapat banyak soal-soal perniagaan yang diutarakan dalam hadis-hadis sahih dan ayat-ayat dari Al-Quran yang menerangkan hukum-hukum dalam perniagaan. Ini sekali gus menunjukkan berniaga itu digalakkan dalam Islam. 

Saya dilahirkan di lembah klang. Dibesarkan, belajar dan berkerja sehingga sekarang masih lagi berada di sini. Cuba fikirkan sejenak adakah kualiti hidup secara keseluruhan kini bertambah baik? Bila soalan ini diutarakan majoriti yang akan menyatakan jawapan yang hampir sama, memang kualiti hidup sudah bertambah baik.

Akan tetapi sayangnya tanpa kita sedari ada satu keburukan yang tidak dapat kita sangkal lagi. Sering juga kita jadikan ini sebagai perkara remeh kerana jika terus difikirkan mungkin kita tidak mampu untuk bergerak lagi.  Semakin maju zaman ini semakin kita terperangkap, natijahnya kalau duduk di lembah klang maka wajiblah kedua suami dan isteri untuk berkerja, jika mereka adalah pekerja yang makan gaji. Sosio budaya kita sendiri juga sudah berubah, orang yang memiliki kemewahan diangkat dan dijulang ibarat dia sudah berjaya dunia akhirat. 

Bila isteri terpaksa berkerja kualiti untuk membesar anak-anak akan terjejas. Anak-anak kecil yang seharusnya mendapat rehat yang cukup diusia kecil tepaksa diganggu tidurnya bangun seawal 6.00 pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh. Tiba diumah pengasuh ganguan psikologi seterusnya akan menyerang anak kecil itu tadi kerana terpaksa berdepan dengan serangan emosi dimana dia akan ditinggalkan oleh kedua ibubapa bersama orang-orang yang tidak mampu memberi kasih sayang sehebat ibu dan bapanya sendiri.

8 jam merupakan satu penantian yang berat hakikatnya untuk ditelan si anak kecil. Sewaktu proses membesar inilah kasih seorang ibu perlu diberikan sepenuhnya kepada si anak. Nilai-nilai murni amat mudah dipupuk ke atas anak kecil melalui ibunya sendiri. Ini juga mempengaruhi nilai-nilai yang akan dibawa oleh anak ini nanti apabila usia mereka kelak meningkat dewasa.

Tidak hairanlah pada masa kini rumah-rumah orang tua sentiasa penuh, anak tidak lagi memikirkan soal tanggungjawab sebaliknya menjaga ibubapa yang sudah tua dan uzur ibarat satu bebanan untuk mereka bergerak. Bukan kah sama? Sewaktu anak kecil terpaksa di hantar ke rumah asuhan kerana ibubapa mahu mudahkan pergerakan, bila dewasa ibubapa pula di hantar ke rumah orang tua bagi memudahkan anak-anak ini tadi bergerak pula. Itu baru sebahagian dari perkara yang boleh dibahaskan bila kedua ibu dan bapa terpaksa berkerja. Saya percaya sebenarnya ramai para ibu diluar sana jika diberi pilihan sekurang-kurangnya 70%  yang sedang bekerja memilih untuk berhenti kerja dan membesarkan anak mereka dengan tangan mereka sendiri.

Persoalannya kenapa sukses seringkali dihitung dan dikaitkan dengan wang ringgit? Jawapannya mudah kerana mentaliti kita sudah dijajah walaupun lumrahnya sebagai seorang Islam sukses itu telah dijelaskan dengan terperinci akan maksudnya. Bagi kaum adam pula cabaran yang dilalui tidak kurang hebatnya. Isteri berkerja secara fitrahnya sudah pasti terdapat sedikit konflik dari segi pengurusan rumah tangga. Perkara itu tidak perlulah kita bahaskan dengan panjang lebar lagi.

Cukup sekadar kita renungkan sejenak keadaan ini. Apabila kedua suami dan isteri bekerja waktu hampir maghrib baru tiba dirumah waktu itu juga kita perlu menguruskan soal makan malam dan masa untuk anak-anak. Jadi yang tinggal hanyalah beberapa kederat untuk beberapa tugasan lagi, bagaimana dengan keharmonian suami isteri? Tidak hairanlah statistik penceraian yang difailkan di pejabat agama terus meningkat dari tahun ke tahun. Ini kerana keharmonian rumah tangga sudah semakin jauh tinggalkan dan dipandang remeh. Jadi bukankah perniagaan itu boleh dijadikan sebagai satu alat untuk mengharmonikan hubungan didalam institusi kekeluargaan dan masyarakat?

Persoalan Impian VS Niat

Inilah asas sebenar dalam dunia perniagaan. Terutama bagi seorang Islam. Saya bukan seorang guru agama apatah lagi orang yang pakar untuk bercakap soal agama. Saya hanya ahli fikir yang berfikir pada bidang yang menjadi minat saya. Semoga satu hari nanti apa yang saya fikirkan sekarang mampu menyenangkan orang lain. Kalau jalan dah ditebas dan ternyata baik, buat apa ditebas lagi untuk mencari jalan baru?

Bila hati dah tetap untuk berniaga, soalan seterusnya yang perlu kita tanya pada diri kita adalah dua perkara pokok diatas. Apa impian sebenar kita disebalik perniagaan yang bakal kita tubuhkan? Majoriti jawapan yang biasanya diberikan adalah untuk mencari lebih pendapatan, kesenangan dan lain-lain yang sehaluan dengannya. Jawapan untuk persoalan ini adalah abstak.Dari sudut "conventional business" peniaga lebih mudah tertekan. Kerana perniagaan dijalankan atas dasar ke untungan semata-mata. Seharusnya setiap umat Islam itu harus bersyukur kalau hati telah terbuka untuk berniaga. Kerana berniaga itu dari perspektif Islam banyak kelebihanya. 

Ada satu hadith yang kerap digunakan oleh penggiat perniagaan terutamanya mereka yang bergiat dalam perniagaan jenis MLM dan Franchise yang perlu diberikan perhatian supaya kita faham. "9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” - Hadis riwayat Tirmizi. Untuk mereka yang sering menggunakan hadis ini semaklah dulu statusnya terlebih dahulu. Kecenderungan penggunaan hadis yang diketegorikan sebagai daif ini mampu menimbulkan kekeliruan, kerana wujud suntikan untuk memandang kepada keuntungan dan kekayaan semata-mata. 
Manakala niat atau nawaitu memainkan peranan untuk memberikan landasan logik pada percaturan akal apabila berbahas mengenai perniagaan. Dengan niat yang betul sahaja kita telah berjaya di peringkat awalan/asas dalam perniagaan. Ini kerana karakter sebuah perniagaan itu sangat sealiran dengan pendekatan perniagaan secara Islam. Jika kita lihat dari perspektif Islam sendiri, niat utama berniaga seharusnya adalah kerana Allah S.W.T. supaya kita dapat meneruskan kehidupan dan beribadat kepada Nya pada keesokan hari dengan makanan yang cukup, badan yang sihat dan kediaman yang baik. 

Inilah juga perkara asas yang dibahaskan dalam buku Consumer Behavior yang ditulis oleh ahli psikologi Abraham Harold Maslow dalam kajiannya. Maslow's Hierarchy of Needs menyatakan keperluan asas dalam piramid hidup ini adalah makanan dan tempat tinggal. Pada hemat saya, lahir sebagai seorang Islam sudah cukup banyak kelebihannya untuk kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ini adalah kerana mental dan fizikal kita lebih bersedia menyahut cabaran alam perniagaan berbanding majoriti orang beragama lain yang sedang berjuang dan yang telah pun dapat menggapai impian mereka. 

Tunjang Utama Sebuah Perniagaan

Cabaran untuk menulis perkara asas berkaitan perniagaan ini adalah topik dan kupasannya. Terlalu luas dan sangat berkait rapat dengan setiap topik yang boleh dibahaskan.Anologinya menubuhkan perniagaan sama seperti membina sebuah rumah. Kebetulan pada waktu ini berhampiran rumah ibu saya ada kerja pembinaan sebuah rumah yang sedang dijalankan. Ternyata apa bila diperhatikan kerja yang paling rumit adalah menyiapkan "beam" atau lantai atau struktur asas rumah. Pada waktu ini pekerja terpaksa berpanas, kotor dan nampak masing-masing senyap dan fokus melakukan kerja.

Sama juga dengan pernigaan jika difikirkan, waktu yang paling kritikal bagi setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan adalah sewaktu proses awal penubuhan perniagaan. Kerana itulah rancangan perniagaan atau "business plan" sentiasa menjadi buah mulut pakar-pakar pernigaan. Bunyinya remeh, tetapi sebenarnya ia adalah perkara wajib, yang menentukan sama ada asas yang dibina untuk perniagaan kita ini betul-betul kukuh atau tidak. 

Kalau nak rumah siap tegap takda retak sana sini "foundation beam" kena kukuh, nak buat jadi kukuh semua perkara kena ambil kira, bancuhan simen, ketepatan sudut 90 darjah secara kesimpulannya semua kena bagi perhatian dari perkara kecil sampai perkara besar. Jikalau ada orang yang boleh siapkan rancangan perniagaan dia dalam masa 1 hari mungkin dia hebat, akan tetapi hasilnya nanti dikhuatiri akan menjadi lebih kurang sama dengan apa yang telah dicurahkan. Jadi, fikirkanlah apabila diletakkan target untuk mendapat RM2000.00 sebulan tapi rancangan perniagaan dibuat acuh tak acuh dalam masa satu hari, mungkin kita boleh dapat dalam RM200.00 sahaja dalam sebulan.

Friday, 9 August 2013

Tari Si Jari

Salam.

Blog ini adalah untuk "reference" aku sendiri. Sebab dalam kepala aku ni ada banyak perkara yang sedang difikirkan. Sama ada terfikir atau sengaja aku fikir aku sendiri tak mampu nak jawab persoalan itu. Tapi apa yang pasti aku dapat rasakan ada desakan yang kuat didalam hati untuk aku buat blog ini.

Sekiranya ada yang tersinggah masuk kerana tercari-cari, di sini tak ada jawapan yang pasti sebab sebaik jawapan untuk pencarian kalian ada pada Dia Maha Mengetahui. Tetapi mungkin ada "lead" untuk solusi permasalahan yang sedang kalian fikirkan, sebab aku menulis atas pengalaman peribadi dan pengalaman beberapa insan yang telah datang dan pergi dalam hidup ini. Bahasa yang aku gunakan adalah bahasa pasar dengan cara penulisan tersendiri kalau ada yang rasa macam tak berapa nak kena, harap maaf sebab aku bukan guru bahasa.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpahan berkah rezki, dikurniakan akal untuk berfikir, di kurniakan mata untuk memerhati dan memahami, dikurniakan lidah untuk bertutur dan berkongsi. Maha Suci Allah, Tuhan yang memiliki segala kejadian di langit dan di bumi. Terlalu banyak yang masih perlu aku pelajari. 

Terima kasih pada pembakar semangat yang telah membakar semangat. Aben - pemilik blog Konfederasi Hati Nasional, thanks for the talk and thought during our journey back from Malacca.

Jika berminat nak baca...Selamat Datang...silakan terus membaca.

-famaric-