Sunday, 11 August 2013

Mengapa Perlu Berniaga?

Di dalam post sebelum ni ada saya sentuh sedikit berkenaan hadis daif yang mursal kerana terputus sanadnya. Dimana mengikut hadis tersebut Rasullulah S.A.W bersabda "9/10 kekayaan datang dari perniagaan." Mestipun begitu terdapat banyak soal-soal perniagaan yang diutarakan dalam hadis-hadis sahih dan ayat-ayat dari Al-Quran yang menerangkan hukum-hukum dalam perniagaan. Ini sekali gus menunjukkan berniaga itu digalakkan dalam Islam. 

Saya dilahirkan di lembah klang. Dibesarkan, belajar dan berkerja sehingga sekarang masih lagi berada di sini. Cuba fikirkan sejenak adakah kualiti hidup secara keseluruhan kini bertambah baik? Bila soalan ini diutarakan majoriti yang akan menyatakan jawapan yang hampir sama, memang kualiti hidup sudah bertambah baik.

Akan tetapi sayangnya tanpa kita sedari ada satu keburukan yang tidak dapat kita sangkal lagi. Sering juga kita jadikan ini sebagai perkara remeh kerana jika terus difikirkan mungkin kita tidak mampu untuk bergerak lagi.  Semakin maju zaman ini semakin kita terperangkap, natijahnya kalau duduk di lembah klang maka wajiblah kedua suami dan isteri untuk berkerja, jika mereka adalah pekerja yang makan gaji. Sosio budaya kita sendiri juga sudah berubah, orang yang memiliki kemewahan diangkat dan dijulang ibarat dia sudah berjaya dunia akhirat. 

Bila isteri terpaksa berkerja kualiti untuk membesar anak-anak akan terjejas. Anak-anak kecil yang seharusnya mendapat rehat yang cukup diusia kecil tepaksa diganggu tidurnya bangun seawal 6.00 pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh. Tiba diumah pengasuh ganguan psikologi seterusnya akan menyerang anak kecil itu tadi kerana terpaksa berdepan dengan serangan emosi dimana dia akan ditinggalkan oleh kedua ibubapa bersama orang-orang yang tidak mampu memberi kasih sayang sehebat ibu dan bapanya sendiri.

8 jam merupakan satu penantian yang berat hakikatnya untuk ditelan si anak kecil. Sewaktu proses membesar inilah kasih seorang ibu perlu diberikan sepenuhnya kepada si anak. Nilai-nilai murni amat mudah dipupuk ke atas anak kecil melalui ibunya sendiri. Ini juga mempengaruhi nilai-nilai yang akan dibawa oleh anak ini nanti apabila usia mereka kelak meningkat dewasa.

Tidak hairanlah pada masa kini rumah-rumah orang tua sentiasa penuh, anak tidak lagi memikirkan soal tanggungjawab sebaliknya menjaga ibubapa yang sudah tua dan uzur ibarat satu bebanan untuk mereka bergerak. Bukan kah sama? Sewaktu anak kecil terpaksa di hantar ke rumah asuhan kerana ibubapa mahu mudahkan pergerakan, bila dewasa ibubapa pula di hantar ke rumah orang tua bagi memudahkan anak-anak ini tadi bergerak pula. Itu baru sebahagian dari perkara yang boleh dibahaskan bila kedua ibu dan bapa terpaksa berkerja. Saya percaya sebenarnya ramai para ibu diluar sana jika diberi pilihan sekurang-kurangnya 70%  yang sedang bekerja memilih untuk berhenti kerja dan membesarkan anak mereka dengan tangan mereka sendiri.

Persoalannya kenapa sukses seringkali dihitung dan dikaitkan dengan wang ringgit? Jawapannya mudah kerana mentaliti kita sudah dijajah walaupun lumrahnya sebagai seorang Islam sukses itu telah dijelaskan dengan terperinci akan maksudnya. Bagi kaum adam pula cabaran yang dilalui tidak kurang hebatnya. Isteri berkerja secara fitrahnya sudah pasti terdapat sedikit konflik dari segi pengurusan rumah tangga. Perkara itu tidak perlulah kita bahaskan dengan panjang lebar lagi.

Cukup sekadar kita renungkan sejenak keadaan ini. Apabila kedua suami dan isteri bekerja waktu hampir maghrib baru tiba dirumah waktu itu juga kita perlu menguruskan soal makan malam dan masa untuk anak-anak. Jadi yang tinggal hanyalah beberapa kederat untuk beberapa tugasan lagi, bagaimana dengan keharmonian suami isteri? Tidak hairanlah statistik penceraian yang difailkan di pejabat agama terus meningkat dari tahun ke tahun. Ini kerana keharmonian rumah tangga sudah semakin jauh tinggalkan dan dipandang remeh. Jadi bukankah perniagaan itu boleh dijadikan sebagai satu alat untuk mengharmonikan hubungan didalam institusi kekeluargaan dan masyarakat?

No comments:

Post a Comment