Inilah asas sebenar dalam dunia perniagaan. Terutama bagi seorang Islam. Saya bukan seorang guru agama apatah lagi orang yang pakar untuk bercakap soal agama. Saya hanya ahli fikir yang berfikir pada bidang yang menjadi minat saya. Semoga satu hari nanti apa yang saya fikirkan sekarang mampu menyenangkan orang lain. Kalau jalan dah ditebas dan ternyata baik, buat apa ditebas lagi untuk mencari jalan baru?
Bila hati dah tetap untuk berniaga, soalan seterusnya yang perlu kita tanya pada diri kita adalah dua perkara pokok diatas. Apa impian sebenar kita disebalik perniagaan yang bakal kita tubuhkan? Majoriti jawapan yang biasanya diberikan adalah untuk mencari lebih pendapatan, kesenangan dan lain-lain yang sehaluan dengannya. Jawapan untuk persoalan ini adalah abstak.Dari sudut "conventional business" peniaga lebih mudah tertekan. Kerana perniagaan dijalankan atas dasar ke untungan semata-mata. Seharusnya setiap umat Islam itu harus bersyukur kalau hati telah terbuka untuk berniaga. Kerana berniaga itu dari perspektif Islam banyak kelebihanya.
Ada satu hadith yang kerap digunakan oleh penggiat perniagaan terutamanya mereka yang bergiat dalam perniagaan jenis MLM dan Franchise yang perlu diberikan perhatian supaya kita faham. "9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” - Hadis riwayat Tirmizi. Untuk mereka yang sering menggunakan hadis ini semaklah dulu statusnya terlebih dahulu. Kecenderungan penggunaan hadis yang diketegorikan sebagai daif ini mampu menimbulkan kekeliruan, kerana wujud suntikan untuk memandang kepada keuntungan dan kekayaan semata-mata.
Manakala niat atau nawaitu memainkan peranan untuk memberikan landasan logik pada percaturan akal apabila berbahas mengenai perniagaan. Dengan niat yang betul sahaja kita telah berjaya di peringkat awalan/asas dalam perniagaan. Ini kerana karakter sebuah perniagaan itu sangat sealiran dengan pendekatan perniagaan secara Islam. Jika kita lihat dari perspektif Islam sendiri, niat utama berniaga seharusnya adalah kerana Allah S.W.T. supaya kita dapat meneruskan kehidupan dan beribadat kepada Nya pada keesokan hari dengan makanan yang cukup, badan yang sihat dan kediaman yang baik.
Inilah juga perkara asas yang dibahaskan dalam buku Consumer Behavior yang ditulis oleh ahli psikologi Abraham Harold Maslow dalam kajiannya. Maslow's Hierarchy of Needs menyatakan keperluan asas dalam piramid hidup ini adalah makanan dan tempat tinggal. Pada hemat saya, lahir sebagai seorang Islam sudah cukup banyak kelebihannya untuk kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ini adalah kerana mental dan fizikal kita lebih bersedia menyahut cabaran alam perniagaan berbanding majoriti orang beragama lain yang sedang berjuang dan yang telah pun dapat menggapai impian mereka.
No comments:
Post a Comment