Blog ini adalah untuk "reference" aku sendiri. Sebab dalam kepala aku ni ada banyak perkara yang sedang difikirkan. Sama ada terfikir atau sengaja aku fikir aku sendiri tak mampu nak jawab persoalan itu. Tapi apa yang pasti aku dapat rasakan ada desakan yang kuat didalam hati untuk aku buat blog ini.
Sekiranya ada yang tersinggah masuk kerana tercari-cari, di sini tak ada jawapan yang pasti sebab sebaik jawapan untuk pencarian kalian ada pada Dia Maha Mengetahui. Tetapi mungkin ada "lead" untuk solusi permasalahan yang sedang kalian fikirkan, sebab aku menulis atas pengalaman peribadi dan pengalaman beberapa insan yang telah datang dan pergi dalam hidup ini. Bahasa yang aku gunakan adalah bahasa pasar dengan cara penulisan tersendiri kalau ada yang rasa macam tak berapa nak kena, harap maaf sebab aku bukan guru bahasa.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpahan berkah rezki, dikurniakan akal untuk berfikir, di kurniakan mata untuk memerhati dan memahami, dikurniakan lidah untuk bertutur dan berkongsi. Maha Suci Allah, Tuhan yang memiliki segala kejadian di langit dan di bumi. Terlalu banyak yang masih perlu aku pelajari.
Terima kasih pada pembakar semangat yang telah membakar semangat. Aben - pemilik blog Konfederasi Hati Nasional, thanks for the talk and thought during our journey back from Malacca.
Jika berminat nak baca...Selamat Datang...silakan terus membaca.
-famaric-
No comments:
Post a Comment