Cabaran untuk menulis perkara asas berkaitan perniagaan ini adalah topik dan kupasannya. Terlalu luas dan sangat berkait rapat dengan setiap topik yang boleh dibahaskan.Anologinya menubuhkan perniagaan sama seperti membina sebuah rumah. Kebetulan pada waktu ini berhampiran rumah ibu saya ada kerja pembinaan sebuah rumah yang sedang dijalankan. Ternyata apa bila diperhatikan kerja yang paling rumit adalah menyiapkan "beam" atau lantai atau struktur asas rumah. Pada waktu ini pekerja terpaksa berpanas, kotor dan nampak masing-masing senyap dan fokus melakukan kerja.
Sama juga dengan pernigaan jika difikirkan, waktu yang paling kritikal bagi setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan adalah sewaktu proses awal penubuhan perniagaan. Kerana itulah rancangan perniagaan atau "business plan" sentiasa menjadi buah mulut pakar-pakar pernigaan. Bunyinya remeh, tetapi sebenarnya ia adalah perkara wajib, yang menentukan sama ada asas yang dibina untuk perniagaan kita ini betul-betul kukuh atau tidak.
Kalau nak rumah siap tegap takda retak sana sini "foundation beam" kena kukuh, nak buat jadi kukuh semua perkara kena ambil kira, bancuhan simen, ketepatan sudut 90 darjah secara kesimpulannya semua kena bagi perhatian dari perkara kecil sampai perkara besar. Jikalau ada orang yang boleh siapkan rancangan perniagaan dia dalam masa 1 hari mungkin dia hebat, akan tetapi hasilnya nanti dikhuatiri akan menjadi lebih kurang sama dengan apa yang telah dicurahkan. Jadi, fikirkanlah apabila diletakkan target untuk mendapat RM2000.00 sebulan tapi rancangan perniagaan dibuat acuh tak acuh dalam masa satu hari, mungkin kita boleh dapat dalam RM200.00 sahaja dalam sebulan.
No comments:
Post a Comment